Jump to content

Draft:The Outsiders

From Wikipedia, the free encyclopedia
The Outsiders
The Outsiders

The Outsiders adalah sebuah band yang ditubuhkan pada awal tahun 2024. Meskipun kebanyakan ahli bukan berasal dari Melaka, mereka menetap di negeri ini dan telah memberi sumbangan besar kepada suasana "underground" di Bumi Bersejarah. Band ini terdiri daripada Boi (Jongker69) sebagai pemain bass, Daguu (QCBB) sebagai pemain gitar kedua, Lihin (Jerteh Warriors) sebagai pemain gitar utama, Ravie (bekas ahli B.I.P) sebagai vokalis, dan Zahar (QCBB) sebagai pemain drum.

The Outsiders mempersembahkan muzik dengan gabungan elemen Hardcore dan Oi!, diadun bersama dengan gaya "modern old-school punk". Ini memberi mereka identiti unik yang membezakan mereka daripada dominasi muzik Oi! yang lazimnya dibawa oleh band-band Skinheads di Malaysia. Pendekatan muzik mereka diharap dapat menarik perhatian komuniti skinheads, sekaligus menawarkan variasi yang segar dalam arena muzik underground tempatan.

Band ini merancang untuk mengeluarkan EP pertama mereka pada awal tahun 2025. Setakat ini, mereka telah menghasilkan lima buah lagu, dan sedang dalam proses menambah dua lagi lagu untuk melengkapkan EP tersebut.

Dengan semangat untuk mengembalikan nuansa asal punk, The Outsiders membawa mesej: "Stop Complaining, feel the music, let's rock and back to the roots!" Mereka adalah suara baru dalam dunia muzik old-school, bersedia untuk mencipta impak besar pada tahun 2024 dan seterusnya.

References

[edit]